I found this information from the website of Jabatan Warisan, which I thought I should share with everybody.
I told you that there is always a story behind old buildings like this one. May Allah bless their souls - Sultan Iskandar Shah and Juragan Abdul Shukur.
Thank you Jabatan Warisan. The conservation work was commissioned in Dec 2008.
KONSERVASI MASJID LAMA KG KUALA DAL, PADANG RENGAS
Masjid Lama Kg. Kuala Dal ini telah dibina pada tahun 1936, kira-kira 73 tahun yang lalu. Pembinaannya dibiayai oleh Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30. Berdasarkan plag perasmian yang terdapat pada masjid berkenaan, tercatat majlis perasmiannya yang berlangsung pada 10 Zulhijjah 1356 hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938 yang dirasmikan oleh Sultan Iskandar Shah.
Pembinaan masjid ini sempena menunaikan hajat baginda Sultan Iskandar Shah yang berniat dan bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh daripada gering.
Lokasi Kampung Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat DiRaja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan DiRaja yang berhampiran dengan kampung tersebut. Di dalam perjalanan baginda telah melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang. Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, maka baginda menitahkan supaya membina masjid yang baru di kampung tersebut.
Masjid ini telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Shukur secara lisan dan kemudiannya diletak di bawah nama pemegang tanah wakaf negeri Perak. Masjid ini tidak digunakan sejak tahun 1976 setelah Masjid baru Al Wahidah dibina bersebelahan dengan masjid.

No comments:
Post a Comment