Sunday, September 13, 2009

Reunion 09 in Metro Ahad (13/9)

You can't get more glamourous than this.

A sekolah rendah reunion in a national newspaper. More than we had hoped for. You can read it here.

Otherwise, read it below. Hehe, I wonder who is the spokesperson!

Himpun bekas pelajar

KUALA LUMPUR: Bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) (SRJK (I)) Lenggong, Perak dari 1970 hingga 1975 (Coolbatch 70-75) akan menganjurkan majlis pertemuan semula pada 23 September ini.

Majlis dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka Lenggong, dari jam 8 hingga 11 malam.

Jurucakap Coolbatch 70-75 berkata, majlis itu bertujuan menghimpunkan bekas murid tahun satu hingga enam dan guru yang pernah menjadi warga SRJK (I) Lenggong dari 1970 hingga 1975.

“Selain beramah mesra, majlis ini diharap mampu mengimbas semula kenangan indah alam persekolahan dan pada sama mengukuhkan permuafakatan serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan bekas murid dan guru.

“Kami juga mahu mengambil peluang mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada bekas guru yang memberi ilmu kepada kami,” katanya.

Menurut jurucakap itu, pelbagai aktiviti menarik dirancang pada majlis berkenaan dan walaupun 40 tahun berlalu diharap ia dapat mengumpul seramai mungkin bekas pelajar dan guru SRJK (I) Lenggong sepanjang tempoh berkenaan.


Katanya, untuk keterangan lanjut hubungi Khairul Anuar di talian 017-5072188 atau Ahmad Lokman Saidin (019-2266401).

No comments:

Post a Comment